Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hanya Beaufort Masih Terkesan Banjir Dengan 449 Mangsa Di PPS

13/03/2025 10:18 PM

KOTA KINABALU, 13 Mac (Bernama) -- Hanya daerah Beaufort masih terkesan bencana banjir di Sabah, dengan 449 orang daripada 144 keluarga berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini, berbanding 1,258 orang daripada 485 keluarga pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiga PPS telah ditutup di Beaufort malam ini, dengan hanya lima PPS masih beroperasi di daerah berkenaan.

Menurut kenyataan itu, Tenom pulih daripada banjir, dengan 466 orang daripada 200 keluarga yang berlindung di enam PPS dibenarkan pulang ke rumah masing-masing malam ini.

“Banjir semakin pulih dan jumlah mangsa di Beaufort semakin berkurangan. Sebanyak 20 kampung di Tenom pulih daripada banjir, namun 10 kampung di Beaufort masih terjejas,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

Ad Banner

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan