Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia, Timor-Leste Bincang Integrasi ASEAN, Kerjasama Serantau

25/05/2025 03:20 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas, di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini.

Pertemuan itu merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Timor-Leste, sejajar dengan visi ASEAN untuk membentuk komuniti serantau yang lebih inklusif dan padu.

Difahamkan, perbincangan tertumpu kepada usaha mempertingkat hubungan dua hala serta mengulangi sokongan berterusan Malaysia terhadap aspirasi Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

Kedua-dua menteri turut meneroka potensi kerjasama, terutamanya  dalam bidang pendidikan, pembangunan kapasiti dan kesalinghubungan serantau.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 berlangsung di bawah Kepengerusian Malaysia pada tahun ini  yang bertema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia mempengerusikan ASEAN, selepas memikul tanggungjawab   itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sempena sidang kemuncak itu, dua sesi peringkat tinggi turut diadakan - Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan - sebagai platform strategik untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antara rantau.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan