Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jabatan Audit Negara Anjur Mesyuarat ASOSAI Mengenai Audit SOE

26/05/2025 05:40 PM

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) -- Jabatan Audit Negara (JAN) menjadi tuan rumah mesyuarat sulung untuk “Asian Organisation of Supreme Audit Institutions (ASOSAI)” mengenai  audit kumpulan kerja perusahaan milik negara (SOE) yang bermula hari ini hingga 28 Mei di Putrajaya.

Mesyuarat sulung itu menghimpunkan 41 wakil daripada 17 supreme audit institutions (SAI) Asia, termasuk Brunei, China, Georgia, India, Indonesia, Iran, Maldives, Qatar, dan Yaman.

Perwakilan SAI yang lain, seperti Jordan, Rusia dan Korea Selatan akan menyertai secara maya.

JAN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penubuhan kumpulan kerja di bawah ASOSAI diluluskan secara rasmi semasa Perhimpunan ASOSAI ke-16 di New Delhi pada 24 Sept  tahun lepas, menyaksikan Malaysia dilantik sebagai pengerusi kumpulan kerja yang baharu. 

“Inisiatif itu adalah yang pertama di bawah ASOSAI, memberi tumpuan khusus kepada pengukuhan audit ke atas perusahaan milik negara (SOE) dalam kalangan negara Asia. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan keupayaan dan keberkesanan SAI dalam memperkukuh tadbir urus, etika, akauntabiliti, dan sektor awam yang mampan,” menurut kenyataan itu.

Antara lain, mesyuarat itu akan memuktamadkan dokumen utama SOE, iaitu terma rujukan , pelan kerja serta rangka cadangan bagi garis panduan audit SOE. 

Ad Banner

Selain itu, ahli juga akan membincangkan usaha membina keupayaan dan perkongsian ilmu, khususnya dalam menangani cabaran membangunkan garis panduan audit SOE. 

Menurut JAN, satu daripada hasil utama inisiatif ini merangkumi pembangunan serta penerbitan garis panduan audit SOE serantau yang pertama di Asia yang akan membantu ahli ASOSAI meningkatkan pendekatan audit dan tadbir urus masing-masing.

“Kerumitan audit SOE di sesetengah negara maka peranan merentasi sektor, persekitaran peraturan yang pelbagai, dan satu set garis panduan yang selaras amat penting untuk menyeragamkan amalan audit serta menggalakkan konsistensi,” menurut JAN.

Bagi Malaysia, garis panduan ini bakal menjadi rujukan dalam mengemas kini kerangka audit SOE sedia ada supaya lebih selaras dengan piawaian dan amalan terbaik antarabangsa.

Bertepatan dengan pindaan terbaru Akta Audit, jumlah SOE yang diletakkan di bawah bidang kuasa audit SAI Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang ketara.

Berikutan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024, sebanyak 1,856 SOE telah diwartakan untuk diaudit berbanding 925 yang diwartakan pada 2022.

Perkembangan itu mencerminkan usaha berterusan dalam memperkukuh mandat audit JAN dan komitmen kerajaan untuk meningkatkan pemantauan dan akauntabiliti dalam sektor awam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan