Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Great Eastern Takaful Rangkul Sembilan Anugerah Di Takaful Star Awards 2025

27/05/2025 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Great Eastern Takaful Berhad (GETB) merangkul sembilan anugerah kecemerlangan pada Takaful Star Awards 2025 sekali gus memperkukuh reputasi syarikat itu dalam menyediakan perlindungan takaful selama 15 tahun kepada rakyat Malaysia.

Antara anugerah utama yang dimenangi GETB ialah bagi kategori Ejen Baharu Terbaik, Pengurus Unit Terbaik, Pengurus Agensi Terbaik dan Ejen Terbaik.

GETB dalam kenyataan memaklumkan anugerah itu bukan sahaja mencerminkan kualiti produk yang ditawarkan malah turut memperlihat keutuhan misi syarikat dalam melindungi kesejahteraan individu dan komuniti memerlukan.

“Anugerah ini membuktikan peranan penting para perunding takaful dalam menyediakan akses kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan yang diperlukan.

“Sebagai salah satu saluran pengedaran produk, mereka memainkan peranan penting dalam menawarkan penyelesaian yang mengikut keperluan peribadi di samping memastikan hubungan jangka panjang dengan para pelanggan,” menurut kenyataan itu.

Menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Eksekutif GETB Shahrul Azlan Shahriman berkata pencapaian perunding takaful itu adalah bukti usaha berterusan syarikat berkenaan dalam menyediakan latihan, pembangunan insan dan sistem sokongan yang memperkasakan mereka untuk terus berjaya.

Ad Banner

“Dalam meraikan 15 tahun perkhidmatan kami kepada rakyat Malaysia, kami berbesar hati atas anugerah kecemerlangan dan dedikasi perunding takaful kami,” katanya.

Selain perlindungan individu, Great Eastern Takaful menawarkan penyelesaian perlindungan berkelompok yang komprehensif dengan menyediakan perlindungan takaful yang disesuaikan untuk perniagaan, organisasi dan komuniti.

Di bawah kategori Perniagaan Takaful Keluarga Berkelompok, Great Eastern Takaful telah merangkul Anugerah Pengeluar Perniagaan Berkelompok Terbaik dan Agensi Korporat Perniagaan Berkelompok Terbaik.

“Pengiktirafan ini mengukuhkan lagi tujuan kami untuk menyediakan perlindungan takaful dengan akses mudah dan dipercayai kepada individu mahupun organisasi.

“Sama ada melalui pelan takaful keluarga individu atau manfaat berkelompok untuk para pekerja, kami sentiasa memastikan perlindungan yang kukuh dan berkembang mengikut keperluan pelanggan kami,” kata Shahrul Azlan.

Takaful Star Awards 2025, anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA), merupakan platform utama industri takaful dalam menghargai pencapaian pengendali, perunding dan rakan pengedaran dalam membentuk masa depan perlindungan kewangan Islam di Malaysia.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan