LABUAN, 29 Mei (Bernama) -- Pelajar dari Labuan Sharaneshri Saravanan dan Nicole Chia Xin Dong mengharumkan nama pulau ini apabila meraih gelaran ‘Top in the World’ bagi Sijil Am Antarabangsa Sekolah Menengah (IGCSE) Matematik bagi siri peperiksaan November 2024, masing-masing meraih markah 100 peratus.
Kedua-dua pelajar Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) itu menerima anugerah berkenaan di Universiti Sunway, Selangor yang disampaikan oleh Pengarah Rantau Negara bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Pendidikan Antarabangsa, Cambridge University Press & Assessment Kanjna Paranthaman.
Pengetua LIS Fadlin Aimuni berkata kejayaan itu bukan hanya mengetengahkan kecemerlangan individu tetapi juga menonjolkan asas akademik sekolah itu yang kukuh.
“Kedua-dua pelajar ialah suri teladan, cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam sukan, muzik dan debat, aktif mewakili LIS dalam pelbagai pertandingan.
“Pencapaian mereka mencerminkan pendekatan holistik LIS terhadap pendidikan yang memupuk kecemerlangan meliputi minda, fizikal dan sikap,” katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial