Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Arah PDRM Semak Larangan Ke Luar Negara Terhadap Fahmi Reza

08/06/2025 12:28 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menyemak isu larangan ke luar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan individu selagi tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

“Oleh itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memberikan penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

“Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan ini dengan sewajarnya,” menurut kenyataan itu.

Media semalam melaporkan Fahmi dilarang ke luar negara selepas larangan sama turut dikeluarkan kepada beliau ke Sabah minggu lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan