Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

420kg Sisa, 170kg Barangan Kitar Semula Dibersihkan Di Pantai Penyabong

20/06/2025 02:51 PM

MERSING, 20 Jun (Bernama) -- Sebanyak 420 kilogram (kg) sisa berjaya dibersihkan bersama 170kg barangan kitar semula menerusi program YOK! Bersih Pantai sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Pantai Penyabong di sini, semalam. 

Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata program inisiatif Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) melalui syarikat itu melibatkan 120 sukarelawan terdiri daripada petugas rakan strategik dan murid sekolah. 

Beliau berkata ia mencerminkan komitmen syarikat itu dalam mendidik dan memupuk amalan kebersihan persekitaran serta kelestarian alam sekitar khususnya di kawasan tumpuan awam dan ekosistem semula jadi.

"Pantai Penyabong dipilih atas faktor tumpuan pelancongan yang perlu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bersedia menerima kehadiran pelancong terutama menjelang Tahun Melawat Johor 2026 tidak lama lagi," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Program berkenaan juga adalah lanjutan usaha bagi menjayakan Pelan Strategik Bandar Bersih Johor yang telah dilancarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor bagi peringkat daerah Mersing, bulan lepas.

Mohd Norlisam berkata program berkenaan turut mendapat kerjasama daripada Majlis Daerah Mersing (MDM) dan menyaksikan penglibatan 40 sukarelawan dalam kalangan murid dan guru Sekolah Kebangsaan Penyabong.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan