Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Merafak Sembah Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah

22/06/2025 11:05 AM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-83 Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Perdana Menteri turut mendoakan Sultan Sallehuddin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Daulat Tuanku," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Sultan Sallehuddin, Sultanah Maliha serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan