KUCHING, 23 Jun (Bernama) -- Suasana pilu menyelubungi Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya di sini sebaik jenazah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang tiba bagi penghormatan terakhir dan solat jenazah hari ini.
Kenderaan membawa jenazah isteri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu tiba pada 10.15 pagi.
Mengiringi jenazah, Abang Johari bersama dua anaknya Abang Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.
Masjid Jamek Negeri mula dipenuhi orang ramai daripada pelbagai kaum seawal 9.30 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir.
Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.
Jenazah Allahyarham ditempatkan di Masjid Jamek bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari bagi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Samariang di sini.
Juma'ani, 76, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta pada 3.34 pagi ini.
Allahyarham merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak kedua Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial