Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Nelayan Dilaporkan Hilang Di Perairan Kuala Terengganu

25/06/2025 09:10 PM

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Seorang nelayan dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kuala Terengganu, petang semalam.

Pengarah Maritim Terengganu Kapten Maritim Hamiludin Che Awang berkata berdasarkan laporan, Mohd Noor Abdullah, 54, keluar bersendirian ke Jeti Tok Jembal, kira-kira 2 petang.

Beliau berkata bagaimanapun setakat petang tadi, mangsa yang menaiki bot fiber berwarna hijau dan merah masih belum pulang.

"Setelah menerima laporan pada 3 petang tadi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) menggunakan bot Penggalang.

"Pencarian turut dibantu nelayan dengan tertumpu di sekitar Pulau Bidong dan Pulau Yu, yang menjadi lokasi kebiasaan mangsa ketika turun ke laut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan dengan itu, Hamiludin meminta komuniti maritim yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihak berkuasa dengan segera.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan