Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KPM Siasat Dakwaan Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

27/06/2025 12:39 AM

IPOH, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang lelaki warga Pakistan telah merasmikan satu program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah malam ini.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol. 

Sementara itu, Fadhlina menzahirkan penghargaan kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor.

"Beliau adalah seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah.

"Oleh itu, ia adalah kepakaran beliau yang sentiasa mengangkat tema pemberdayaan wanita dalam semua aspek," katanya.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan