Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Projek Kompleks Fakulti Keusahawanan Umk Bachok Lewat Siap - Ahmad Maslan

28/06/2025 03:23 PM

BACHOK, 28 Jun (Bernama) -- Projek pembinaan Kompleks Fakulti Keusahawanan Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok mengalami kelewatan dan telah diberikan lanjutan masa (EOT) sebanyak empat kali. 

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pihaknya mengharapkan projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya pada 20 Oktober tahun ini.

“EOT sudah empat kali dan kali ini yang terakhir. Saya telah memaklumkan kepada pihak kontraktor dan JKR, kita tidak suka EOT, kita suka AOT (Ahead Of Time).

“Sekarang ini kemajuan projek ialah 68.9 peratus, jadi ada lagi 30 peratus dalam tempoh tiga bulan, iaitu 10 peratus sebulan. Saya harap mereka dapat adakan dua syif kerja, iaitu kerja siang dan kerja malam selama 16 jam, dengan dua kumpulan kerja yang berbeza untuk menyiapkan projek ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan kompleks itu, di sini hari ini.

Ahmad berkata untuk syif malam, pihak kontraktor boleh buat kerja yang tidak berat dalam bangunan dan tidak bising seperti memasang pelantaian.

Beliau turut memberi contoh projek pembinaan rumah petugas Angkatan Tentera Malaysia di Sabah yang dilaksanakan dalam tiga syif, dan sekiranya kontraktor projek ini mempunyai kemampuan sama, mereka boleh melaksanakan tiga syif, namun sekurang-kurangnya dua syif diperlukan bagi menyiapkan projek berkenaan.

Ahmad berkata kelewatan projek akan merugikan tiga pihak, iaitu pelajar yang sepatutnya menggunakan kompleks berkenaan, kerajaan, serta kontraktor itu sendiri.

“Kontraktor sebut tadi kos sebulan RM50,000. Mereka sudah lewat berapa banyak bulan, jadi bayangkan RM50,000 berapa banyak bulan, itu adalah kerugian yang ditanggung oleh kontraktor,” katanya.

Beliau berharap projek berkenaan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan lagi.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan