Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Karnival Al-Falah MADANI Rekod Lebih 10,000 Pengunjung Sejak Semalam - Mohd Na’im

28/06/2025 11:20 PM

KUANTAN, 28 Jun (Bernama) -- Karnival Al-Falah MADANI 2025 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjaya merekodkan lebih 10,000 pengunjung sejak semalam. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya menjangkakan lebih ramai pengunjung hadir esok yang merupakan hari terakhir program tersebut. 

“Esok, kita juga ada Majlis Penyampaian Sumbangan Musa’addah Al-Falah MADANI iaitu bakul makanan kepada 300 asnaf di Berserah.

"Saya menyeru kepada orang ramai untuk hadir ke karnival ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan karnival itu di Masjid Jamek Berserah di sini hari ini. 

Beliau berkata Karnival Al-Falah MADANI yang julung kali diadakan merupakan sebuah program holistik yang memberi penekanan terhadap aspek pendidikan serta pameran pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan negeri.

“Kita harapkan Karnival Al Falah MADANI yang kita mulakan di Berserah ini, dapat digerakkan di negeri-negeri yang lain,” katanya. 

Dalam ucapan perasmiannya, Mohd Na’im berkata karnival itu bukan sahaja mengukuhkan ukhuwah malah menjadi medan menyatukan umat, menolak fahaman ekstrem selain menegakkan kefahaman Islam yang menyemai kasih sayang dan kesejahteraan.

“Pendekatan menyeluruh seperti karnival ini penting agar semua lapisan masyarakat berasa dilibatkan. Daripada kanak-kanak, remaja, ibu bapa hingga warga emas.

"Semua ada tempat, semua diberi ruang,” katanya. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan