Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Cadangan Tarif Air Baharu Tingkat Perkhidmatan Air Negeri Sembilan

15/07/2025 05:45 PM

SEREMBAN, 15 Julai (Bernama) -- Cadangan semakan tarif air di Negeri Sembilan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertujuan menangani cabaran bekalan air serta memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) berkata langkah itu penting bagi memastikan penyelenggaraan dan pembaikan rangkaian paip air lama dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan.

“Hampir setiap tahun SAINS memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi kerja-kerja naik taraf dan pemulihan paip lama.

“Selain itu, kita juga mahu memulihkan kembali tangki air sedia ada dan tangki yang tidak berfungsi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pecah Tanah Pembangunan Baharu Pusat Beli-Belah AEON Seremban 2 di sini hari ini.

Sebelum ini, SPAN mengesahkan penerimaan permohonan semakan kadar tarif bekalan air daripada operator di 10 negeri yang berada di bawah kawal selia agensi itu, namun penelitian rapi masih dibuat. 

Selain Negeri Sembilan, negeri terlibat adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, Johor dan Pahang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan