Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pameran Hadiah Dari ASEAN Dilanjut Hingga 31 Dis

29/07/2025 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pameran Hadiah dari ASEAN di Balai Seni Negara yang sepatutnya berakhir Khamis ini, dilanjutkan hingga 31 Dis depan berikutan sambutan menggalakkan daripada pengunjung.  

Menurut kenyataan Balai Seni Negara hari ini, keputusan melanjutkan tempoh pameran bermula Februari lepas itu juga bertujuan menyokong penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.

"Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam menjadikan seni dan budaya sebagai teras pengukuhan hubungan serantau serta memartabatkan seni sebagai medium diplomasi budaya yang berkesan,” menurut kenyataan itu. 

Pelanjutan tempoh pameran itu juga dijangka membuka lebih banyak ruang kepada masyarakat tempatan dan pelawat antarabangsa untuk menghargai koleksi bersejarah yang dipamerkan, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pusat budaya dan diplomasi seni di rantau ini.

Pamerah Hadiah dari ASEAN menampilkan 33 karya seni hasil daripada hadiah oleh negara anggota ASEAN dan ASEAN+6 (Korea Selatan, Jepun, China dan India) antara 1960 hingga 2009.

Antara karya dipamerkan merupakan hasil seniman terkemuka tempatan seperti Lim Nan Seng, Mii bin Awas, Aw Eng Kwang, Chang Yong Chia, Amir B. Tadok, Ahmad B. Kassim, Linggam dan Abil B. Manan selain beberapa artis dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Jepun, Korea, China dan India.

"Karya-karya tersebut mencerminkan hubungan diplomatik yang erat serta perkongsian warisan budaya menerusi pelbagai ekspresi seni visual," menurut Balai Seni Negara.

Pameran terbuka kepada orang ramai setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang di Balai Seni Negara.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan