Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Pemilik Lori Cuba Pindah Balak Tanpa Pas Didenda - Jabatan Perhutanan Sabah

29/07/2025 09:54 PM

KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Pemilik dua lori didenda RM1,600 setelah didapati cuba memindahkan 59 batang balak tanpa pas memindah dalam satu operasi di Kampung Randagong, Ranau pada 1.30 pagi Rabu lepas. 

Ketua Konservator Hutan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) Datuk Frederick Kugan berkata jabatan itu dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am melalui Operasi Khazanah telah menahan kedua-dua lori yang didapati bergerak antara 7 malam hingga 7 pagi tanpa kebenaran.

Beliau berkata siasatan lanjut mengesahkan semua balak yang diangkut oleh lori terbabit merupakan keluaran dari Daerah Sipitang dan semua bayaran royalti berjumlah RM4,732.70 telah dijelaskan kepada kerajaan negeri.

“Merujuk harga pasaran pemprosesan kayu-kayan domestik, JPS mengesahkan nilai komersial semua balak dianggarkan berjumlah RM31,600 dan susulan kesalahan yang dilakukan, pelesen telah dikenakan denda berjumlah RM1,600,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kugan juga berkata JPS sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hasil hutan negeri dilindungi manakala aktiviti pembalakan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan