Ad Banner
 AM > BERITA

Gempa Bumi Sederhana Di Selatan Laut Maluku

01/08/2025 09:13 AM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.4 pada skala Richter berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia, awal pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada 6.12 pagi dengan koordinat 0.2 darjah selatan dan 126.1 darjah timur, pada kedalaman 114 kilometer.

“Lokasi gempa adalah 177 kilometer barat laut dari Rantau Barat Papua, Indonesia. Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi MetMalaysia dan saluran media sosial agensi berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan