Ad Banner
 AM > BERITA

MK3D2025 Tarik Lebih 1.15 Juta Pengunjung, Catat Jualan RM5 Juta

02/08/2025 10:34 PM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Karnival Mega 3 Dimensi 2025 (MK3D2025) merekodkan kehadiran lebih 1.15 juta pengunjung setakat 12 tengah hari ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai “Karnival Usahawan Terbesar” dalam negara, seperti diiktiraf Malaysian Book of Records (MBOR).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook berkata sehingga 12 tengah hari hari ini juga, program yang bermula sejak 30 Julai lepas itu turut mencatatkan nilai jualan melebihi RM5 juta.

“Ini merupakan satu pencapaian luar biasa hasil sinergi 1,133 usahawan desa daripada tiga program keusahawanan utama negara iaitu Karnival Usahawan Desa (KUD), Hari Peneroka FELDA dan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

“Insya-Allah, dengan dukungan padu daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepercayaan yang diberi, kita akan terus memperkasakan dan menyatukan usaha semua agensi terlibat untuk memastikan agenda pembangunan dan keusahawanan desa kekal menjadi keutamaan negara,” katanya.

Ahmad Zahid berkata berbaki satu hari sahaja lagi sebelum MK3D2025 melabuhkan tirainya, beliau mengajak orang ramai untuk datang beramai-ramai ke MITEC, Kuala Lumpur bagi bersama-sama menyokong produk desa tempatan.

Karnival MK3D2025 diadakan selama lima hari bermula 30 Julai hingga 3 Ogos di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan