Ad Banner
 AM > BERITA

Pengakap Berasaskan Komuniti Diperluas Ke Seluruh Negara

03/08/2025 12:27 AM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pergerakan Pengakap bercadang memperluas pengakap berasaskan komuniti di seluruh negara, kata Ketua Pengakap Negara Mej Jen (B) Datuk Prof Dr Mohd Zin Bidin.

Beliau berkata cadangan itu termasuk ke kawasan ladang-ladang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan rumah pangsa bagi memupuk kepimpinan, disiplin dan sahsiah diri golongan muda di kawasan berkenaan.

Pendekatan itu dilihat sebagai model efektif bagi memperluas gerakan pengakap terutama kepada belia yang tidak berpeluang menyertai unit beruniform berkenaan di sekolah.

“Jadi kita perlukan pemimpin yang berwibawa untuk melatih budak-budak. Saya berharap kita bersama-sama melaksanakan tugas menubuhkan pengakap berasaskan komuniti,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPM WPKL) di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie di sini hari ini.

Mohd Zin juga menyeru PPM WPKL supaya menjadi contoh cemerlang dalam pelaksanaan program berkenaan serta menyasarkan peningkatan keahlian.

“Kuala Lumpur sebagai ibu negara perlu menjadi contoh terbaik di rantau ini. Kita ada semua kemudahan, kepelbagaian dan semangat yang cukup untuk menjayakannya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan