KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti laporan penuh siasatan awal yang diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.
Menurut kenyataan AGC hari ini, laporan berkenaan diterima masing-masing pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.
“Proses penelitian itu merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang serta memenuhi prinsip keadilan,” menurut kenyataan berkenaan.
Sebarang keputusan berkaitan kes berkenaan akan diumumkan setelah proses penelitian laporan siasatan awal selesai.
“Jabatan itu menghargai kerjasama semua pihak dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat sebarang penyataan bersifat spekulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan dan keadilan,” menurut kenyataan itu.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial