KUALA LUMPUR, Aug 7 (Bernama) -- Marriott Bonvoy program di bawah Marriott International, tampil dengan sesuatu yang luar biasa sempena sambutan Merdeka kali ini, dengan pelancaran Brew With Benefits, satu pengalaman kembara kopi yang diadakan di hotel-hotel terpilih di Malaysia.
Berlangsung dari Ogos hingga September, pengalaman ini meraikan kekayaan budaya dan warisan kafe Malaysia melalui barisan minuman kopi berinspirasi tempatan, senarai main muzik terkurasi serta penampilan istimewa oleh pengasas dan barista hétam+, Wira Merican.
Marriott Bonvoy dalam satu kenyataan memaklumkan, para tetamu boleh menikmati cofftails, iaitu koktel berasaskan kopi, yang ditawarkan untuk masa terhad di hotel dan bar terlibat, dengan perisa seperti pandan, mangga Harumanis, nanas dan sirap ros serta mengumpulkan mata ganjaran Marriott Bonvoy dengan setiap pembelian.
Naib Presiden Pasaran Marriott International Malaysia George Varughese berkata Malaysia mempunyai budaya kafe yang cukup meriah dan Brew With Benefits membawa semangat itu ke dalam hotel mereka dengan cara yang kontemporari, penuh kebanggaan sebagai rakyat Malaysia dan menyerlahkan identiti Marriott Bonvoy.
“Ia satu cara unik untuk para tetamu menyambut Merdeka melalui rasa, muzik dan komuniti,” katanya dalam kenyataan itu.
Kemuncak acara Brew With Benefits itu menampilkan Wira Merican yang akan mengadakan demonstrasi secara langsung penyediaan minuman istimewa, sesi merasa serta perkongsian kisah yang diilhamkan oleh kepelbagaian budaya Malaysia dan semangat Merdeka.
Beliau juga akan memperkenalkan enam minuman khas hasil ciptaannya, termasuk “Emas to Khatulistiwa”.
“Kopi bukan sekadar minuman, ia satu pengalaman, satu memori, satu cerita. Kolaborasi ini membolehkan kami menampilkan kepelbagaian Malaysia melalui rasa dan sambutan,” katanya.
Para tetamu hotel dan pengunjung boleh menikmati cofftails unik ini di kafe dan ruang istirahat hotel yang mengambil bahagian, dengan Ahli Marriott Bonvoy juga akan menerima keistimewaan seperti mata ganjaran bonus dan pencuci mulut percuma dengan setiap pesanan.
Tarikh penganjuran kopi rave serta penampilan Wira Merican berbeza mengikut lokasi, termasuk di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Moxy Putrajaya, Renaissance Kuala Lumpur Hotel, Palm Garden Hotel, Putrajaya, a Tribute Portfolio Hotel, Putrajaya Marriott Hotel, Aloft Langkawi Pantai Tengah, The Westin Kuala Lumpur dan Penang Marriott Hotel.
Layari media sosial rasmi setiap hotel untuk jadual penuh dan maklumat terkini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial