Ad Banner
 AM > BERITA

MCMC Panggil Muhyiddin Bantu Siasatan Kandungan TikTok Berhubung Subsidi RON95

07/08/2025 08:59 PM

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun TikTok.

Menurut MCMC, siasatan itu bertujuan mengesahkan konteks kandungan video yang mengaitkan Muhyiddin dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar petrol RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi melengkapkan siasatan, MCMC memaklumkan pihaknya akan memanggil mana-mana individu berkaitan sekiranya perlu.

MCMC turut menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan