Ad Banner
 AM > BERITA

Nelayan Dinasihatkan Tidak Kutip Kerang Di Perairan Port Dickson

08/08/2025 08:36 PM

SEREMBAN, 8 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menasihati nelayan agar tidak mengutip, mengambil atau menuai kerang-kerangan termasuk kupang di perairan Port Dickson buat sementara waktu.

Pengarahnya Kasim Tawe berkata keputusan ujian sampel air laut daripada Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur (PBPKL) menunjukkan bacaan biotoksin melebihi paras dibenarkan.

"Bagaimanapun pihak kami akan membuat persampelan kedua sebelum keputusan larangan dikeluarkan secara rasmi.

"Pihak kami juga berhubung dengan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menasihatkan supaya larangan sementara kepada nelayan untuk mengutip, mengambil dan menuai kerang-kerangan (dwicengkerang) di perairan Port Dickson buat masa ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah mengambil sampel kupang dan air laut sekitar Port Dickson pada Rabu lepas setelah menerima aduan nelayan berkenaan air laut berwarna merah dipercayai akibat ledakan alga di perairan Pasir Panjang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan