Ad Banner
 AM > BERITA

Sarawak Peruntuk RM600 Juta Beri Pendidikan Tinggi Percuma Tahun Depan

10/08/2025 06:32 PM

SIBU, 10 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Sarawak akan membelanjakan hampir RM600 juta bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar negeri ini yang melanjutkan pengajian di peringkat tinggi mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee berkata inisiatif itu terhad kepada pelajar yang mengikuti pengajian di empat universiti milik kerajaan negeri, membabitkan 64 kursus ditawarkan.

"Walaupun Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak pernah berjanji memberi pendidikan tinggi percuma dalam mana-mana pilihan raya, ia tetap dilaksanakan atas keprihatinan demi kepentingan pendidikan anak Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Outreach Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak peringkat Zon Tengah di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, yang disempurnakan oleh menterinya Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Empat institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ialah Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin Malaysia, Universiti Swinburne Sarawak dan Kolej Universiti i-CATS.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan