Ad Banner
 AM > BERITA

Ahli Parlimen Diminta Sediakan Peruntukan Uniform APM Mulai Tahun Depan - Ahmad Zahid

16/08/2025 03:47 PM

SHAH ALAM, 16 Ogos (Bernama) -- Bermula tahun hadapan, ahli-ahli Parlimen akan diminta memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan mereka bagi pembelian uniform pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu bertujuan memperkasa pasukan beruniform serta menggalakkan lebih ramai anggota.

"Semua petugas di kementerian juga digalakkan menyertai APM," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Istiadat Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-16 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed.

Pada majlis itu, seramai 24 pegawai mewakili Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing menerima Anugerah Pegawai Kadet SISPA Terbaik, manakala satu anugerah khas iaitu Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana (Best Among The Best) turut disampaikan. Seramai 918 pelajar ditauliahkan berpangkat Leftenan Muda (Pertahanan Awam).

Ahmad Zahid menegaskan pertahanan awam merupakan lapisan kedua dalam pertahanan negara selepas tentera dan polis. Latihan yang dijalankan akan menguatkan semangat, menekankan disiplin serta meningkatkan ketahanan diri anggota.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan