Ad Banner
 AM > BERITA

KPWKM Teliti Keperluan Tempatkan Pakar Kanak-kanak Secara Tetap Di Pusat PDK

19/08/2025 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti model atau mekanisme untuk menempatkan pakar secara tetap atau berkala di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) bagi memperkukuh intervensi awal kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) pada peringkat komuniti.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kementerian juga mempertimbangkan mekanisme secara hibrid dengan menggalakkan penempatan pakar melalui rakan strategik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Contohnya dia boleh buat latihan, kolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga korporat dan seterusnya merangka kerja rentas kementerian, tapi ini berdasarkan kepada konsep perkongsian sumber antara kementerian dan komuniti.

“Untuk langkah jangka pendek, kita memang menggalakkan pihak jawatankuasa PDK menjadi penghubung, contohnya menjemput khidmat pakar secara sukarela. Pengwujudan jawatan tetap secara segera itu belum lagi dimuktamadkan sebab ia akan melibatkan implikasi perjawatan dan kewangan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang mewujudkan pakar tetap sebagai rujukan, terutama dalam jurupulih pertuturan di PDK, sebagaimana amalan dibuat di Singapura.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan