Ad Banner
 AM > BERITA

Nor Yati Ahmad Dilantik Profesor Adjung UiTM

20/08/2025 06:57 PM

SHAH ALAM, 20 Ogos (Bernama) -- Akauntan Negara Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang perakaunan sektor awam dan reformasi kewangan negara.

UiTM dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu menandakan permulaan jalinan kerjasama strategik antara Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan universiti awam berkenaan dalam pemerkasaan pendidikan tinggi, penyelidikan terapan, serta pembangunan modal insan dalam bidang perakaunan.

Kerjasama itu dijangka melibatkan penganjuran persidangan profesional berimpak global dan  pelaksanaan aktiviti CSR bagi menyantuni komuniti. 

Selain itu, kerjasama turut meliputi penyelidikan membabitkan isu-isu semasa sektor awam dan swasta, penyertaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui perkongsian pengalaman praktikal, serta pembangunan penyelesaian digital dan dasar inovatif. 

Sementara itu Nor Yati dalam kenyataan sama berkata pelantikan itu bukan sekadar penghormatan peribadi, malah amanah strategik yang mencerminkan kepentingan kolaborasi antara institusi pelaksana dasar dan institusi ilmu.

“Sebagai Akauntan Negara, saya memahami betapa pentingnya kerjasama antara institusi pendidikan dan agensi pelaksana. UiTM dan JANM berkongsi visi untuk melahirkan akauntan profesional yang kompeten, berintegriti dan berjiwa rakyat. 

“Saya amat bersyukur diberi ruang oleh UiTM untuk menyumbang bukan sahaja melalui ceramah, tetapi juga perbincangan dasar, pemetaan kurikulum dan bimbingan pelajar. UiTM bukan sekadar universiti, ia adalah pelantar masa depan negara. JANM pula adalah nadi pengurusan amanah rakyat," katanya. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan