Ad Banner
 AM > BERITA

Sinergi Erat Kerajaan Persekutuan, Negeri Dan PBT Jayakan Aspirasi RMK13 - Fadillah

20/08/2025 07:53 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kejayaan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di peringkat kerajaan tempatan hanya dapat dicapai melalui sinergi erat antara kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof  menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata kerajaan negeri perlu memperkukuh komitmen dalam pembangunan dasar dan kerangka undang-undang bagi memperkasakan PBT.

Beliau berkata PBT pula perlu menjadi pelaksana yang tangkas, inovatif dan berorientasikan rakyat dengan indikator kesejahteraan yang jelas.

Fadillah berkata sektor swasta dan komuniti akan terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan setempat.

“Saya yakin dengan semangat kebersamaan ini, bandar dan wilayah di Malaysia mampu menjadi pusat pertumbuhan mampan, inklusif dan sejahtera setanding negara maju. Peranan kerajaan tempatan adalah besar daripada akar umbi hingga ke puncak negara dalam menjayakan RMK13,” katanya. 

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-86 di Bangunan Parlimen di sini. 

Ad Banner

Mesyuarat berkenaan adalah selaras dengan Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan MNKT sebagai medium perundingan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri mengenai dasar serta undang-undang yang berkaitan dengan kerajaan tempatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan