Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hari Sarapan Milo 2025 Libatkan 75,000 Rakyat

24/08/2025 12:45 PM

ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Sambutan Hari Sarapan Milo 2025 bagi menunjukkan semangat perpaduan sambil menggalakkan sarapan sihat setiap pagi berakhir di Kedah, dengan penglibatan 75,000 rakyat pada edisi kali ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo Ng Su Yen dalam satu kenyataan hari ini berkata edisi tahun ini lebih bermakna, memandangkan Milo meraikan ulang tahun ke-75 dalam menjana khasiat kepada rakyat Malaysia.  

“Dengan tema ulang tahun ‘Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia’, jenama kegemaran ramai ini meneruskan misi untuk menyokong gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang, sambil meraikan warisan turun-temurun membekalkan khasiat kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata pada tahun ini Milo telah menjelajah enam lokasi, bermula di Putrajaya ke Johor, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kedah demi memberi penghargaan kepada semua peminat Milo. 

“Kami amat menghargai kepercayaan semua keluarga di Malaysia, dari generasi ke generasi terhadap Milo. Hari Sarapan Milo ialah salah satu cara merealisasikan tujuan kami dengan menggalakkan semua orang memulakan hari dengan pemakanan seimbang serta bertenaga untuk aktif bersama,” katanya.

Ng berkata sebagai inisiatif ikonik Milo, program tersebut telah berkembang menjadi sebuah gerakan kebangsaan yang menekankan kepentingan memulakan hari dengan sajian seimbang dan gaya hidup aktif. 

Ad Banner

“Penutup tahun ini bukan sahaja melengkapkan jelajah enam lokasi, malah turut menyerlahkan kemesraan, semangat dan perpaduan komuniti yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata Milo yang sudah menjadi lambang kebanggaan identiti negara, merupakan minuman malt coklat pertama di negara ini yang dianugerahkan Logo Pilihan Lebih Sihat sebagai bukti komitmennya membekalkan produk yang lazat dan berkhasiat. 

“Menggunakan ramuan berkualiti dengan kebaikan semula jadi seperti barli malt, susu dan koko, Milo dikeluarkan di kilang Chembong, Negeri Sembilan iaitu kilang pengeluaran terbesar di dunia bagi jenama tersebut.

“Lebih daripada sekadar produk, Milo kekal berdedikasi memperkayakan kehidupan rakyat melalui usaha berterusan dalam bidang pemakanan, sukan dan kelestarian, meneruskan perjalanan yang memperkasakan gaya hidup sihat serta masa depan lebih cerah untuk generasi akan datang,” katanya.

Kemuncak Hari Sarapan MILO 2025 disambut penuh meriah di Taman Tasik Darul Aman di Jitra semalam selepas Terengganu, dan diserikan dengan kehadiran Tunku Temenggong Kedah Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tumpuan utama acara ialah Larian Sarapan Milo sejauh tiga kilometer yang disertai oleh segenap lapisan masyarakat, disusuli sesi senaman kecergasan dan orang ramai turut berpeluang mengunjungi stesen interaktif dan Trak Kebaikan Milo.

Tunku Puteri Intan Safinaz semasa menyertai hari kemuncak itu berkata Hari Sarapan Milo bukan sekadar sebuah acara, tetapi ia lebih kepada memupuk tabiat hidup yang lebih sihat dan mengukuhkan ikatan komuniti. 

“Saya berasa gembira melihat keluarga, rakan-rakan dan rakyat berkumpul dengan penuh tenaga dan semangat positif. Acara sebegini mengingatkan kita tentang kepentingan mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Saya berharap dapat melihat lebih banyak inisiatif yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Sejak dimulakan pada 2013, Hari Sarapan Milo telah melibatkan lebih 500,000 rakyat Malaysia, menjadikannya salah satu acara kesejahteraan yang paling dinanti-nantikan di negara ini. 

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan