Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Malaysia Teroka Peluang Pelancongan Dengan Syarikat Pelancongan Swiss - Tiong

04/09/2025 03:08 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia sedang meneroka peluang untuk mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran pelancongan Switzerland susulan perbincangan dengan syarikat pelancongan terkemuka, Kuoni Travel dan Asia365, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata pertemuan di Switzerland baru-baru ini menumpukan kepada usaha mempromosikan pelancongan Malaysia, meneroka potensi pasaran baharu serta bertukar pandangan mengenai langkah meningkatkan minat dalam kalangan pelancong Switzerland.

“Asia365 menekankan bahawa kerajaan Switzerland, Jerman dan wilayah berbahasa Jerman lain masih mengekalkan nasihat perjalanan ke beberapa kawasan di Sabah. Keadaan ini menjejaskan pembangunan perniagaan secara serius, dan pengguguran amaran tersebut pasti akan memberi lonjakan besar kepada pasaran,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ad Banner

Tiong berkata Malaysia telah mengambil langkah tegas meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan, dengan pulau-pulau terbabit dipantau Tentera Laut, polis serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Keselamatan telah bertambah baik secara signifikan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Saya juga telah berikrar untuk menyampaikan perkara ini kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri, selain menggesa kerajaan Switzerland menilai semula nasihat perjalanan berkenaan,” katanya.

Beliau menambah bahawa Kuoni Travel dan Asia365 mengiktiraf potensi besar Malaysia dalam pelancongan ekologi, tarikan alam semula jadi serta produk pelancongan pemanduan sendiri, dan menyatakan harapan kedua-dua syarikat itu dapat membawa lebih ramai pelancong Switzerland untuk meneroka keunikan negara ini.

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan