Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Persiapan Hari Malaysia 2025 Di PICCA Butterworth Capai 85 Peratus

08/09/2025 04:46 PM

GEORGE TOWN, 8 Sept (Bernama) -- Persiapan sambutan Hari Malaysia 2025 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen PICCA @ Arena Butterworth pada 16 Sept ini kini berada pada tahap 85 peratus.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Muhamad Ghopran Yeop Hamzah berkata persiapan berjalan lancar dengan baki lapan hari sebelum acara kemuncak berlangsung.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan melaksanakan laluan jalan sehala di hadapan PICCA sebagai langkah melancarkan aliran trafik pada hari sambutan, selain mengadakan raptai penuh sehari sebelum acara.

Ad Banner

“Beberapa sesi temu bual media turut diatur sebagai usaha mempromosikan sambutan berkenaan,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.

Muhamad Ghopran berkata dewan utama PICCA mempunyai kapasiti 6,000 pengunjung pada satu-satu masa, dan kerajaan negeri turut menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk pengunjung termasuk tempat letak kereta dan trak makanan. 

Sementara itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata seluruh rakyat dialu-alukan hadir beramai-ramai ke Arena PICCA bagi memeriahkan sambutan bersejarah yang buat kali pertama diadakan di negeri itu. 

Ad Banner

“Sambutan ini merupakan kesempatan baik untuk menghimpunkan rakyat dari setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak bagi meraikan acara yang menampilkan kepelbagaian budaya, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan.

“Saya percaya dengan sambutan ini, semangat kebersamaan antara rakyat Semenanjung, Sabah dan Sarawak dapat terus diperkukuh,” katanya.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan