Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kota Bharu Calon Bandar Kraf Dunia

09/09/2025 10:25 PM

KOTA BHARU, 9 Sept (Bernama) - Kota Bharu kini dicalonkan sebagai Bandar Kraf Dunia di bawah pengiktirafan Majlis Kraf Dunia (WCC), Ahad lepas.

Menurut kenyataan Pertubuhan Kraf Malaysia (MCC) hari ini, pencalonan itu dianggap satu pencapaian penting dan bersejarah kerana membuka peluang untuk seni kraf tempatan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Walaupun pengiktirafan rasmi masih dalam proses penilaian WCC, pencalonan ini sendiri sudah membuktikan kekayaan warisan seni kraf negeri Kelantan serta sokongan padu komuniti kraf di sini.

Ad Banner

“Pencalonan ini juga menandakan langkah signifikan MCC dalam usaha melestarikan warisan seni kraf, selain membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat, terutamanya wanita dan penggiat seni tekstil tradisional,” menurut MCC.

-- BERNAMA

 

Ad Banner

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan