Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Pengerusi Tetap Wanita Umno

15/09/2025 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia Datuk Saripah Aminah Syed Mohamed yang meninggal dunia petang tadi.

Dalam catatan di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Wanita UMNO malah seluruh warga parti dan masyarakat.

“Masyarakat mengenali beliau sebagai seorang pejuang yang gigih dalam memperjuangkan peranan wanita, keluarga dan pembangunan komuniti.

Ad Banner

“Saya dan seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga mereka dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Beliau berdoa semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebaikan serta bakti yang dicurahkan serta menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin.

Saripah Aminah pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal, iaitu dari tahun 2004 hingga 2007 dan 2007 hingga 2010, manakala di peringkat parti beliau menyandang jawatan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia. 

Ad Banner

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan