Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-92

16/09/2025 10:57 AM

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menzahirkan ucapan selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 kepada seluruh warga pasukan itu.

Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti serta pengorbanan para pegawai dan anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

"Seri Paduka Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia turut mendoakan seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam melaksanakan amanah demi tanah air tercinta," menurut hantaran itu.

Ad Banner

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan kepada pesara-pesara ATM yang pernah berkhidmat mencurahkan sumbangan mereka dalam pasukan. 

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Seri Paduka Baginda.

-- BERNAMA

Ad Banner


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan