Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Banjir Di Sabah Semakin Pulih, Jumlah Mangsa Di Sarawak Kekal Petang Ini

21/09/2025 06:36 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Situasi banjir di Sabah semakin pulih manakala jumlah mangsa di Sarawak masih kekal setakat petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah mangsa berkurangan kepada 130 orang daripada 31 keluarga petang ini, berbanding 439 orang daripada 128 keluarga pagi tadi.

Menurut JPBN Sabah, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi melibatkan daerah Penampang dan Papar.

Ad Banner

“Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Papar menunjukkan trend penurunan dengan tujuh orang sahaja manakala jumlah mangsa di Penampang kekal 123 orang. Di samping itu, keadaan banjir di Membakut pulih apabila dua PPS ditutup petang ini,” menurut kenyaaan itu.

Kenyataan itu memaklumkan hanya tiga kampung masih terjejas petang ini melibatkan satu di Penampang dan dua di Papar.

Di Sarawak, portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara merekodkan jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi, Miri kekal 16 orang daripada lima keluarga pada petang ini.

Ad Banner

Data yang diperoleh daripada laman Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras sungai di stesen Long Teru masih berada pada paras 8.69 meter (m), melebihi paras bahaya pada 8 m, namun menunjukkan trend menurun.

Paras air di stesen Marudi ialah 4.12 m berbanding paras bahaya 3.25 m dan menunjukkan trend menurun.

Setakat ini, tiada hujan dilaporkan di kawasan terlibat.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan