AM > BERITA

Agong Berangkat Pulang Selepas Akhiri Lawatan Khas Di St Petersburg

28/01/2026 08:37 AM

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas mengakhiri lawatan khas selama tiga hari di St Petersburg, Rusia bermula 25 Jan lepas.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, St Petersburg pada 4.16 petang (waktu tempatan).

Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke St Petersburg adalah atas undangan khas Presiden Rusia Vladimir Putin, menurut hantaran itu.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan