DUNIA > BERITA

Iran: Kapal Bukan Musuh Boleh Lalui Selat Hormuz Dengan Langkah Keselamatan

22/03/2026 04:42 PM

TEHRAN, 22 Mac (Bernama-Xinhua) -- Wakil Iran ke Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Ali Mousavi, berkata kapal kecuali yang dikategorikan sebagai “musuh” boleh melalui Selat Hormuz dengan penyelarasan awal bersama pihak berkuasa Iran bagi pengaturan keselamatan dan sekuriti, menurut agensi berita separa rasmi Mehr pada Ahad, lapor Xinhua.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen maritim antarabangsa perlu disertai dengan penghormatan terhadap integriti wilayah dan hak kedaulatan Iran.

Iran, katanya, bersedia bekerjasama dengan IMO dan negara lain bagi meningkatkan keselamatan maritim serta melindungi pelaut.

“Diplomasi kekal menjadi keutamaan Iran. Namun, pemberhentian sepenuhnya pencerobohan serta kepercayaan dan keyakinan bersama adalah lebih penting,” kata Mousavi, sambil menambah bahawa serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran menjadi “punca kepada situasi semasa di rantau Teluk Parsi dan Selat Hormuz”.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan