AM > BERITA

Lego Bloom Bar x Lazada Hidupkan Hari Valentine Melalui Detik Kreatif Bermakna

04/02/2026 10:29 PM

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- LEGO Group dan Lazada Malaysia bekerjasama menganjurkan pop-up atau kedai munculan LEGO Bloom Bar x Lazada di pusat beli-belah Elmina Lakeside dari 6 hingga 8 Feb ini, menawarkan cara kreatif dan praktikal kepada pasangan melalui pengalaman bersama bagi meraikan Hari Valentine.

Dalam kenyataan hari ini, Lazada Malaysia memaklumkan kerjasama itu melambangkan trend pasangan yang kini semakin memilih sambutan lebih santai dan peribadi, berbanding makan malam di restoran yang sesak, menerusi aktiviti dan detik berkualiti bersama.

"Di pop-up ini, pengunjung berpeluang menyertai LEGO Make and Take Experience, menyelesaikan Bloom Together Challenge dengan memutar Love Wheel, bergambar di ruang foto Bloom Together, dan mendaftar sebagai ahli LEGO Official Store di Lazada. Pengunjung yang berjaya melengkapkan ketiga-tiga aktiviti ini akan menerima hadiah LEGO," menurut kenyataan itu.

Ad Banner
Ad Banner

Bagi melengkapkan pengalaman, pengunjung juga boleh menebus Bloom Together Kit, hadiah eksklusif dengan pembelian bersempena dengan Hari Valentine, yang direka khas untuk menghidupkan makna di sebalik setiap binaan.

Kit ini merangkumi tapak pameran, panduan aktiviti dan elemen kenangan untuk dinikmati bersama-sama pasangan, serta boleh ditebus di pop-up menerusi perbelanjaan minimum khas sebanyak RM400 dengan membuat pembelian di LEGO Official Store melalui aplikasi Lazada menggunakan perkhidmatan Click and Collect untuk penebusan di lokasi.

"Melalui Click and Collect, pembeli boleh memilih dan membuat pembelian terus menerusi aplikasi Lazada dan mengambil pesanan mereka di pop-up sambil meneruskan penyertaan aktiviti serta menikmati hadiah tambahan dan baucar yang ditawarkan di pop-up LEGO Bloom Bar x Lazada," menurut kenyataan itu.

Menurut Lazada Malaysia, kerjasama itu turut menampilkan LEGO 2026 Botanical Series, koleksi yang sesuai dengan cita rasa dan suasana berbeza termasuk Daisies, Flowering Cactus, Bouquet of Pink Roses dan Pretty Pink Bouquet.

"Set ini bukan sekadar hadiah, malah boleh menjadi hiasan kediaman yang berkekalan sebagai alternatif kepada bunga segar, walaupun selepas Hari Valentine. Bagi peminat LEGO, set ini melengkapkan koleksi sedia ada, manakala bagi pasangan, set bunga ini menjadi kenangan yang dibina bersama," menurut kenyataan itu.

Bagi memudahkan perancangan hadiah Valentine, Lazada memperkenalkan promosi eksklusif dari 26 Jan hingga 15 Feb ini dan pelanggan yang berbelanja minimum RM520 untuk set LEGO dewasa, termasuk sekurang-kurangnya satu set Botanical, akan menerima Bloom Together Kit. Selain itu, set LEGO Botanical terpilih turut ditawarkan dengan diskaun 25 peratus dari 6 hingga 15 Feb.

Mereka yang tidak berkesempatan hadir ke pop-up, boleh mengikuti penstriman langsung Lazada dari 4 petang hingga 8 malam pada Sabtu ini untuk menyaksikan sorotan acara dan koleksi yang dipaparkan.

Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini dan kerjasama terkini Lazada, layari laman web rasmi Lazada Malaysia, akaun rasmi media sosial atau muat turut aplikasi Lazada.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan