DUNIA > BERITA

Lawatan Rasmi Dua Hari Modi Ke Malaysia Bermula Sabtu Ini

05/02/2026 12:34 AM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 4 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri India Narendra Modi akan mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia bermula Sabtu ini, dan beliau dijadualkan mengadakan perbincangan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kementerian Hal Ehwal Luar India dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa ini merupakan lawatan ketiga Modi ke Malaysia.

Selain pertemuan rasmi, Modi juga akan berinteraksi dengan masyarakat India serta wakil industri dan perniagaan di Malaysia.

Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) India-Malaysia ke-10 turut dijadualkan berlangsung sempena lawatan itu yang diadakan atas jemputan Anwar.

“Hubungan India-Malaysia bersifat pelbagai dimensi dan terus berkembang. Lawatan Perdana Menteri ini memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menyemak semula keseluruhan skop kerjasama dua hala,” menurut kenyataan India itu.

Kenyataan itu turut menekankan pelbagai bidang kerjasama termasuk perdagangan, pelaburan, pertahanan, keselamatan, hal ehwal maritim, teknologi digital dan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan serta hubungan rakyat-ke-rakyat.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan