Ad Banner
 AM > BERITA

KSU Kementerian Komunikasi Adakan Lawatan Kerja Ke Bernama

05/02/2026 03:48 PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.

Ini merupakan lawatan pertama Abdul Halim ke Bernama selepas dilantik memegang jawatan berkenaan pada 24 Nov tahun lepas. 

Abdul Halim tiba di lobi Wisma Bernama pada 3.15 petang dan disambut Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson serta barisan pengurusan tertinggi agensi berita itu.

Ad Banner

Turut hadir dalam lawatan itu, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Datuk Aminurrahim Mohamed.

Selain mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan Bernama, Abdul Halim turut mendengar taklimat mengenai operasi dan peranan agensi berita itu dalam memperkasa penyampaian maklumat negara.

 Pada 24 Jan lepas, Abdul Halim berkata pendekatan 3P - Polisi, Produk dan People (Rakyat) - menjadi asas utama dalam merangka hala tuju Kementerian Komunikasi bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan lebih bersepadu, berfokus dan berimpak tinggi kepada masyarakat bagi tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata pendekatan dan visi dalam kerangka strategik Kementerian Komunikasi bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu melibatkan penyelarasan menyeluruh semua jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sebelum menerajui Kementerian Komunikasi, Abdul Halim merupakan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selain pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan & Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 2023.

Abdul Halim, 55, yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama hampir 30 tahun, memulakan kerjayanya sebagai Penolong Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan