Ad Banner
 AM > BERITA

6,000 Bakal Jemaah Haji Selangor Terima Bantuan RM1,500 Tahun Ini

20/02/2026 06:53 PM

SHAH ALAM, 20 Feb (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM9 juta bagi program Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 6,000 bakal jemaah haji negeri itu akan menerima bantuan RM1,500 seorang, meningkat RM500 berbanding tahun lepas yang berjumlah RM1,000.

“Sejak pelaksanaan program ini pada 2022, seramai 18,000 jemaah muassasah telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri, iaitu 3,000 jemaah pada 2022 dan 2023, manakala masing-masing 6,000 jemaah pada 2024 serta tahun lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Amirudin berkata bagi memudahkan proses pendaftaran, bakal jemaah yang menetap di negeri itu boleh memohon insentif berkenaan bermula 23 Feb hingga 15 Julai 2026 di Pusat Khidmat Masyarakat atau Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Untuk permohonan, bakal jemaah hanya perlu membawa salinan bercetak Jadual Penerbangan Haji Muassasah Tahun 2026 yang memaparkan KOD MUAS.

“Saya mendoakan usaha ini memudahkan persiapan perjalanan para jemaah yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini, insya-Allah,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan