KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan pada waktu puncak pagi ini selepas beberapa unit tren terpaksa dikeluarkan daripada perkhidmatan akibat isu teknikal.
Rapid KL dalam kenyataan di Facebook memaklumkan gangguan berkenaan menyebabkan tempoh menunggu di platform menjadi lebih lama daripada kebiasaan.
Sehubungan dengan itu, usaha sedang dilakukan bagi memastikan semua penumpang tiba di destinasi dengan selamat.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran anda,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati banyak pengguna meluahkan rasa kecewa kerana insiden itu berlaku pada hari pertama bekerja selepas cuti panjang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial