Ad Banner
 AM > BERITA

KDN Teliti Pengurusan Pintu Masuk Negara - Saifuddin Nasution

23/02/2026 04:10 PM

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperhalus dan menambah baik pengurusan pintu masuk negara bagi memastikan urusan keluar masuk rakyat dan pelawat serta perdagangan berjalan lebih lancar.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perbincangan telah diadakan bersama pegawai kementerian bagi meneliti prosedur sedia ada, sekali gus memastikan proses yang lebih lancar, cepat dan tersusun.

"Reformasi ini bukan perubahan drastik sehari dua, tetapi usaha berterusan. Kita teliti prosedur dan gunakan teknologi dengan lebih bijak semuanya demi memastikan pintu masuk negara kita benar-benar mencerminkan kesiapsiagaan dan profesionalisme,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 28 Jan lepas, Saifuddin Nasution berkata Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan diperluas secara berperingkat dan berkuat kuasa di pintu masuk negara bermula awal suku kedua tahun ini.

Sistem NIISe adalah satu daripada inisiatif utama di bawah agenda reformasi kerajaan dan ia menggantikan sistem kod QR sedia ada bagi meningkatkan dan menaik taraf kecekapan sistem semakan keselamatan automatik di pintu masuk negara.

Sistem MyNIISe akan menggantikan MyIMMs yang telah digunakan lebih 20 tahun dan sistem lama itu tidak lagi mencukupi untuk menangani cabaran keselamatan global, volum pergerakan tinggi dan memerlukan integrasi data masa kini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan