Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

LTAT Bukti Kemampuan, Agih Dividen Lebih Baik Di Sebalik Cabaran Ekonomi Global - Mohamed Khaled

12/03/2026 12:33 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuktikan keupayaannya untuk memberikan pulangan dividen yang lebih baik bagi tahun kewangan 2025 meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

​Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata prestasi itu satu pencapaian yang membanggakan memandangkan situasi ekonomi dunia yang mencabar sepanjang tahun lepas.

​"Saya mengucapkan tahniah kepada LTAT, dalam keadaan pergolakan global yang menjejaskan ekonomi tahun lepas, ia masih dapat mencapai pelbagai pencapaian yang baik.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Pencapaian ini memungkinkan LTAT untuk mengumumkan dividen pada kadar yang lebih baik daripada tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Dividen LTAT 2025, di sini hari ini.

​Mohamed Khaled berkata kementerian akan terus memantau prestasi LTAT bagi memastikan dana simpanan anggota tentera diuruskan dengan sebaik mungkin.

​​"Saya percaya LTAT berada pada landasan betul untuk mengurus dana simpanan anggota tentera yang pada akhirnya boleh membawa pulangan yang baik kepada ahli," katanya.

LTAT hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.35 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, iaitu jumlah agihan tertinggi direkodkan dalam tempoh lapan tahun.

​Agihan keseluruhan berjumlah RM524.74 juta itu bakal memanfaatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sekali gus mengukuhkan komitmen LTAT dalam memastikan kesejahteraan kewangan jangka panjang para pencarum.  

​-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan