Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

SC Peroleh Waran Tangkap, Mohon Maklumat Keberadaan Bekas Pengerusi SCIB

12/03/2026 05:48 PM

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memohon maklumat daripada orang ramai untuk mengesan bekas Pengerusi Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah.

SC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan suruhanjaya itu memperoleh waran tangkap terhadap Mohd Abdul Karim yang juga pengarah bukan eksekutif dan bukan bebas SCIB, dan dikehendaki berhubung kesalahan di bawah Seksyen 396(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Seksyen itu berkaitan pemberian pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung hal ehwal syarikat berkenaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Mohd Abdul Karim sebelum ini pernah didakwa oleh SC pada 2021 berkaitan pemberian maklumat palsu dalam penyata kewangan Serba Dinamik Holdings Berhad.

"Bagaimanapun, perkara itu diselesaikan melalui kompaun selepas Pendakwa Raya menerima representasi beliau, dengan Mohd Abdul Karim dikenakan kompaun sebanyak RM3 juta," menurut kenyataan itu.

SC meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Mohd Abdul Karim supaya menghubungi SC di talian 012-6112496 atau e-mel aduan@seccom.com.my.

"Maklumat terakhir mengenai alamat beliau ialah di No 35, Jalan Hijau Pelangi U9/51, The Lake Garden Villas Cahaya SPK, Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor serta unit kediaman bernombor 3401, 345 di Burj Khalifa, Dubai, Emiriah Arab Bersatu," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan