Ad Banner
 AM > BERITA

Kelantan Anjur  Solat Sunat Al-Istisqa' Dalam Masa Terdekat

28/03/2026 04:56 PM

KOTA BHARU, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Kelantan akan menganjurkan solat sunat Al-Istisqa’ dalam masa terdekat sebagai usaha memohon hujan susulan keadaan kemarau yang melanda negeri ini.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata selain pelaksanaan di peringkat negeri, Dewan Ulama Kawasan juga disarankan supaya melakukan perkara sama di kawasan masing-masing.

"Saya ingin nasihat kepada rakyat agar menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar terutama pada waktu tengah hari bagi mengelakkan kesan cuaca panas dan  tidak keluar rumah jika tiada keperluan," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri PAS Kelantan di sini hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan risiko kebakaran berikutan keadaan cuaca kering ketika ini.

"Sejak kebelakangan ini, beberapa kejadian kebakaran kecil dilaporkan di kawasan semak dan tanah lapang di Kelantan dipercayai berpunca daripada cuaca panas berpanjangan serta kecuaian manusia.

"Keadaan kemarau ini boleh menyebabkan kebakaran mudah berlaku, terutamanya apabila ada yang membuang puntung rokok sesuka hati atau melakukan pembakaran terbuka," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan