Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Aaron Ucap Selamat Menyambut Good Friday, Ajak Rakyat Perkukuh Perpaduan

03/04/2026 10:33 AM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mengucapkan selamat menyambut Good Friday kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan tersebut, hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau mengajak orang ramai agar menghayati nilai pengorbanan dan kasih sayang yang menjadi teras kepada kemanusiaan sejagat.

Ahli Parlimen Kanowit itu juga berharap agar keberkatan hari suci itu diisi dengan kedamaian dan menguatkan semangat cinta sesama insan tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata sikap saling menghormati, memahami dan menyantuni antara satu sama lain merupakan asas kepada perpaduan negara yang kukuh dan harmoni.

“Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita terus memupuk kesatuan dan memperkukuh jalinan perpaduan demi masa depan yang lebih aman dan sejahtera.

“Semoga Good Friday yang suci ini membawa makna yang mendalam kepada anda. Semoga segala berkat pada hari yang mulia ini memenuhi hati anda dengan ketenangan dan hidup penuh kasih sayang,” katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan merupakan hari cuti umum bagi Sabah dan Sarawak. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan