Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

KPT Perkukuh Ekosistem Universiti, Industri - Zambry

07/04/2026 03:25 PM

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memperkukuh ekosistem kerjasama antara universiti dan industri termasuk mengurangkan kerenah birokrasi bagi mempercepat pengkomersialan hasil penyelidikan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sistem pendidikan tinggi tidak lagi tertumpu di kampus semata-mata, sebaliknya perlu melibatkan industri secara langsung.

Beliau berkata kerjasama itu kini telah mula menunjukkan hasil menerusi kajian, inovasi serta aspek pengkomersialan yang dipamerkan.

Ad Banner
Ad Banner

“Ini bukan hanya permulaan, tetapi kita telah melangkah ke hadapan.

“Usaha berterusan perlu dilakukan termasuk memperkukuh kerjasama antara kementerian dan sektor swasta,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abdul Halim.

Zambry berkata universiti juga perlu menghasilkan penyelidikan yang boleh dikomersialkan bagi menjana pendapatan sendiri.

“Kita setuju bahawa matlamat akhirnya hasil daripada penyelidikan ini dapat membantu menjana pendapatan untuk universiti,” katanya.

Beliau berkata satu persidangan besar melibatkan pemain industri dan universiti akan diadakan pada September bagi menggabungkan hasil penyelidikan dengan aspek pengkomersialan yang sebelum ini terhad.

Persidangan anjuran KPT dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini itu, bertujuan mengetengahkan projek-projek PPRN berimpak tinggi yang berjaya menyelesaikan permasalahan industri serta meningkatkan daya saing syarikat.  

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan