Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Jangan Beli Beras Melebihi Keperluan Bulanan - Mohamad

09/04/2026 04:39 PM

SRI AMAN, 9 April (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membeli beras melebihi keperluan bulanan memandangkan bekalan bahan makanan itu di negara ini kekal stabil, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata pembelian secara panik susulan krisis di Asia Barat boleh memberi gambaran seolah-olah berlaku kekurangan bekalan di pasaran walaupun bekalan sebenarnya mencukupi.

“Kalau kebiasaan kita makan dua kampit beras sebulan, kekalkan dua kampit itu. Jangan beli sampai empat atau lima kampit kerana pembelian panik boleh menyebabkan kemerosotan bekalan di pasaran dan akan ada peniaga yang naikkan harga,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Perasmian Program Gelombang Padi Sarawak: SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dan Hari Bersama Pelanggan IADA Batang Lupar 2026 di Dewan Nangkai, Stumbin di sini, hari ini.

Mohamad berkata kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi dan dijangka kekal stabil sekurang-kurangnya hingga hujung tahun ini.

“Beras kita insya-Allah tidak ada masalah sekurang-kurangnya sampai hujung tahun ini dengan harga yang ada sekarang, jadi saya ingin tegaskan sekali lagi jangan ada pembelian panik,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan