Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Penyelarasan Dasar, Pemerkasaan Ekosistem Jadi Tumpuan Mesyuarat MM2H - TPM

13/04/2026 05:27 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Usaha menyelaras dasar, memperkemas ekosistem serta memperkukuh penawaran Malaysia supaya lebih kompetitif di peringkat serantau dan global telah diberi tumpuan semasa perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (HLC) program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar, pendekatan lebih tersusun dan berfokus amat penting bagi memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pilihan pelabur serta mampu menarik pelaburan berkualiti tinggi.

“Insya-Allah, usaha berterusan ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur serta memperkukuh kedudukan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Ad Banner

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau telah mempengerusikan HLC MM2H untuk membincangkan pendekatan strategik dalam memperkukuh daya tarikan pelaburan negara pada Isnin.

-- BERNAMA=


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan